SENI SILAT ANAK MELAYU

Seni silat Anak Melayu

CORET GURU SAM

view:  full / summary

Corat Coret Guru Seni Silat Anak Melayu

Posted by Guru Utama on April 28, 2008 at 1:19 PM Comments comments (7)

st1\:*{behavior:url(#ieooui) } /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:10.0pt; font-family:"Times New Roman"; mso-ansi-language:#0400; mso-fareast-language:#0400; mso-bidi-language:#0400;}

Seni Silat Anak Melayu Boleh Dikatakn Sebagai Bukan Silat Yang Asli Lagi, Namun Permainannya Di Akui Oleh kebanyakan Guru Mahupun Guru Guru Tua Atau Guru Perguruan Lain Sebagai Salah Satu Permainan Silat Yang Amat Merbahaya Walau Semasa latihan Di Gelanggang Atau Di Luar Gelanggang.


 

Silat Anak Melayu Menitikberatkan Kekuatan Tangan, Lutut Dan Kaki Di Mana Kesemua Pelatih Diwajibkan Menjalani Latihan Bagi Menguat Serta Mengeraskan Tulang Tulang Di Bahagian Ini. Permainan Silat Anak Melayu Digabungkan Dengan Pelbagai Jenis Silat Serta Teknik Mempertahankan Diri luar yang lain Seperti:


 

1. Seni Silat Bunga Kedah

2. Seni Silat Warisan Perlis

3. Seni Silat Lincah

4. Seni Silat Harimau Berantai

5. Seni Silat Cekak Maut

6. Seni Silat Sendeng

7. Seni Silat Kalimah Kilat Samudera Tiga

8. Seni Silat Pulut

9. Tomoi

10. Taekwondo


 

 

Seni Silat Anak Melayu Pernah Membuka Gelanggang di serata Semenanjung Antaranya:


 

1. SMKDJH Perlis

2. Kulim Kedah

3. Pantai Remis Perak

4. Felda Air Tawar 5 , 1 Kota Tinggi Johor

5. Pasir Mas, Kelantan

6. Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor

7. SM Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi Johor


 

 

Permainan Silat Anak Melayu Mempunyai Pelbagai Bidang, Antaranya permainan Tangan Kosong, Rotan Panjang, Golok Perak, Parang Panjang, Rantai, Jarum, Nibung Tunggal, Semambu, Pisau, Keris Dan lembing.


 

Latihan Silat ini biasanya mengambil masa selama 1 Tahun 6 Bulan Untuk mencapai tahap Perlimau atau tahap di mana seseorang akan menghadapi ujian penamat silat atau tamat berguru.


 

Peringkat Yang di ajarkan kepada pelatih adalah bergantung kepada kemampuan pelatih sendiri, bukannya untuk memanjakan seseorang pelatih, tapi langkah ini dijalankan supaya seseorang pelatih akan dapat membiasakan diri dengan tahap sesuatu latihan.

 

Peringkat jurus pula bergantung kepada kesanggupan keseluruhan peserta sesebuah gelanggang, tahap tahap tersebut ialah:


 

a) Tahap Biasa

b) Tahap Jurulatih

c) Tahap Guru


 

Biasanya sesebuah gelanggang akan diperkenalkan dengan tahap biasa, di mana aksi dan permainan silat di ajar secara asas, kurang aksi dan aksi lincah.

 

Apabila guru melihat dan merasakan seseorang atau sesebuah gelanggang telah bersedia, maka jurusan peringkat seterusnya akan di ajarkan secara berperingkat.


 

CORAK PERMAINAN SENI SILAT ANAK MELAYU


 

Corak permainan silat ini ialah lebih kepada aksi gaduh, setiap peserta akan diberi peluang memilih mana mana pasangan dan pasangan ini akan melakukan satu permainan tanpa rancang yakni permainan “ main rancak “ , peserta akan menggunakan keseluruhan jurus silat yang dipelajarinya untuk berusaha menjatuhkan lawan. Dengan cara ini sebenarnya guru memberi pendedahan kepada pelatih/peserta untuk menghadapi perlawanan yang sebenar apabila perlu.


 

Guru tidak pernah atau tidak menggalakkan peserta menjadi sombong dan mengajak orang awam untuk bergaduh kerana pendedahan “ main Rancak “ ini hanyalah satu dari bekalan peserta apabila keadaan benar Benar memerlukan.


 

Biasanya sebelum seseorang ahli baru ingin mendaftar, guru dan pelatih akan menemuduga terlebih dahulu, tujuannya ialah untuk memastikan bahawa bakal peserta ini benar benar bersedia kerana latihan yang diberikan amat keras. Antara yang pernah terjadi ialah :

 

Gelanggang Felda Air Tawar 5, Hari pertama berlatih . seramai 85 peserta hadir dengan hati ingin belajar bersungguh sungguh, namun masuk hari kedua, bilangan ahli yang tinggal hanyalah 25 orang, bilangan ini juga bukan makin kekal atau bertambah, Tetapi ianya semakin berkurangan sehinggalah bilangan tetapnya menjadi hanya 11 orang sahaja, factor ini menyebabkan guru mula merancang untuk melakukan temuduga terlebih dahulu sebelum seseorang memasuki silat Anak Melayu Ini.

 

 

 



Rss_feed